Friday, February 25, 2011

Tsunami Rumahtangga

Haaaaaaaaaa..dengar tajuk pon dah ngeri. Tak de apa-apa pon.....tu seminar yang aku pergi Isnin lepas...Dato'Dr. Fadzilah Kamsah penceramahnya...best giler tau....dari dia start ceramah sampai habis...tak habis-habis kami gelak..yelah...contoh-contoh yang di bawak tu...yang selalu berlaku dalam rumahtangga kita...kalau tang terkena tu...diam jelah ye....
Banyak ilmu yang aku dapat dalam sesi seminar nie........Punca-punca Tsunami....dan cara menangani nya pon diceritakan...tips rahsia bahagia dalam rumahtangga pon dibentangkan jugak.....
Tapi yang aku tertarik.....sebenarnya banyak yang menarik...tapi yang memang aku akan ingat...kata Dato
1. Kepada isteri yang bekerja, gaji isteri yang bekerja, suami tak boleh usik/ambil/minta...itu hak    isteri."..TAPI...para isteri bekerja atas keredhaan suami..maka isteri sepatutnya membantu meringankan beban suami...bukannya dipaksa oleh suami....melampaulah kan kalau isteri tak tolong kewangan suami..itukan demi kebahagiaan rumahtangga kita jugak kan.....
2. Kepada isteri yang tidak bekerja....mengikut persedaran zaman sekarang nie...isteri patut terima RM 3000 sebulan dari suami atas khidmat baktinya kepada keluarga yang tiada ternilai...mendidik anak-anak suami, jaga makan minum suami dan anak-anak....menguruskan rumahtangga agar sentiasa aman damai... dan lain-lain yang berkaiatan dengan rumahtanggu...barulah tiada tsunami...
3. Kalau isteri bekerja....jangn lupa bagi duit/isteri kat isteri. Satu-satunya penghargaan yang tak ternilai oleh suami kepada isteri ilah dengan selalu menyenangkan/membahagiakan hati isteri. caranya ialah melalui pemberian hadiah. Pemberian hadiah bukannya cantik/suka dimata/hati suami...tapi apa yang isteri suka dan apa yang isteri minta. Contohnya: kalau nak belikan baju untuk isteri, carikan warna yang isteri suka dan bukannya warna yang suami suka....barulah ngammm. Tapi bagi isteri...mereka akan berdiam diri saja jika yang dibeli oleh suami tidak berkenan dihatinya...demi menjaga hari suaminya... (boleh ke suami aku cam gini ye).
4. Kalau suami balik rumah dari kerja...tunjukkan muka yang manis dan sentiasa tersenyum...kerana perbuatan ini akan diperhatikan oleh anak-anak secara tidak langsung. Hati isteri mudah tersentuh jika suami mereka balik rumah dengan muka yang tersenyum wlaaupun hati isteri sedang merajuk....tapi mereka tidak akan tunjukkan...egolah tu...tapi para-para suami jangan feedup...teruskan dengan tunjuk muka senyum manis.
5. Carilah persamaan antara suami isteri kerana suami isteri yang bahagia mempunyai 12 persamaan antara mereka.
6. 5 cara untuk panjangkan umur suami:
           i. doakan suami supaya panjang umur dalam setiap solat
           ii. peluk suami 10 saaat sebelum ketempat kerja/keluar
           iii. puji-pujian
           iv. kurangkan bercakap...tanya apa yang perlu sahaja...
           v. beri suami apa yang mereka nak sebelum mereka minta..
7. Kalau isteri merajuk...pujuklah isteri...kalau suami merajuk...isteri tak perlu memujuk...biarkan suami sejuk dan slow talk dengan nya... (apalah rupa gayanya kalau pujuk suami)
8. Suami adalah insan yang TERBAIK untuk isteri. So..para-para suami..banyak kan tolong isteri dalah hal-hal rumah tangga. Ringankan tulang untuk membantu isteri walaupun hanya mambawa pinggan ke dapur. dah cukup membuatkan isteri merasai dihargai....Suami diciptak dengan kekuatan yang jauh bezanya dengan isteri dan kekuatan ini gunakanlah untuk membantu isteri.
9. Wanita selalu mempamerkan perangai yang konsisten didalam dan diluar rumah. lelaki sering bertindak seperti makhluk dua alam...kat rumah lain...kat luar lain...
10. Isteri mempunyai daya ketahanan yang kuat sehingga sanggup menahan kesakitan yang dialami semasa proses melahirkan anak suaminya...satu-satunya pengorbanan yang peling besar Allah kurniakan untuk seorang isteri yang tidak terdapat pada seorang suami....dato' jugak cerita satu kisah dimana seorang suami ingin merasai kesakitan yang dialami oleh isterinya ketika proses bersalin. Dengan izin Allah, kesakiran itu dipindahkan kepada suaminya setelah sampai waktu isterinya untuk bersalin....baru je "terbuka" 4 cm, lelaki tersebut tidak tahan dengan kesakitan tersebut dan telah pengsan....apatah lagi untuk menunggu 10cm...mati 3 kali lah gamaknya..lalu melihat ketidaksanggupan lelaki tersebut menahan kesakitan, kesakitan tersebut telah dipindahkan kepada kerumpun pokok-pokok pisang...apabila selesai proses kelahiran...dan didapati pokok pisang tersebut....kering dan mati sedangkan sebelumnya...pokok pisang tadi hidup dengan suburnya...begitulah kesakitan yang dialami/besarnya pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat suami...tiada apa dalam dunia ini yang sanggup menahan kesakitan tersebut...alangkah sedihnya hati seorang isteri bila suami tidak menghargainya/menolongnya dalam mendidik anak-anaknya...hanya lepas tangan kepada isteri untuk menguruskan anak-anaknya.

Lagi yang aku tertarik ngan Dato' nie...dia dah 20 tahun lebih tak bergaduh ngan isteri dia...bestkan....hati tenangkan...tak lah serabut-serabut...





Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang Dato bawak...tapi setakat nie...itu je yang aku ingat..bila aku dah ingat balik...nanti kita sambung ye....


xoxo
by me